Travel mampu menjadikan seorang wanita untuk tampil ceria dan gembira. Setuju dengan pernyataan ini? Baiklah, cuba ajak isteri anda untuk pergi bercuti hujung minggu ini. Anda akan saksikan perubahan mood mereka serta-merta!
Walaubagaimanapun, tidak ramai wanita yang bijak dalam membuat persediaan untuk travel. Kemahiran anda dalam membuat persediaan sangat mempengaruhi mood percutian anda! Jom ikuti 7 tips di bawah agar percutian anda lebih menyeronokkan.
1. TRICK PACKING PAKAIAN
Tahukah anda, wanita cenderung untuk membawa pakaian melebihi keperluan? Urusan kemas-mengemas segala keperluan pakaian juga mungkin memakan masa sehingga SATU HARI PENUH!
Bagi mengelakkan perkara sedemikian, pertamanya anda boleh mempraktikkan dengan membawa pakaian yang boleh diulang pakai seperti skirt dan palazzo. Selain itu, anda juga boleh membawa jubah atau dress untuk mengurangkan kuantiti pakaian yang perlu dibawa.
2. BUAT CHECKLIST BARANGAN
Jangan terlalu confident yang anda boleh mengingat semua perkara tanpa membuat catatan. Bayangkan sekiranya beg Make-up anda tertinggal! Pasti sepanjang percutian itu menjadi hambar dan merosakkan mood percutian anda. Justeru, buat checklist seawal 2 hari sebelum hari percutian anda!
Bagi memudahkan urusan travel anda, Kami berbesar hati untuk memberikan anda checklist travel istimewa ini secara PERCUMA khas untuk anda
3. BAGI WANITA BERHIJAB
Pastikan anda membawa HAIR DRYER jika anda berambut panjang terutamanya sebagai persediaan. Adakalanya terdapat Hotel atau Resort yang tidak menyediakan Hair Dryer sebagai item kelengkapan mereka. Sudah pasti anda pasti tidak selesa jika bersiar-siar dengan rambut yang lembap, ia juga akan menyebabkan kegatalan.
Percayalah, ada masanya anda perlu bersiap cepat sekiranya pasangan anda dah tarik muka atau mula berleter untuk pergi bersiar-siar. Anda juga pastinya tidak mahu tentatif travel anda terganggu hanya disebabkan masa bersiap yang lama bukan?
4. PILIHAN SAIZ BARANG
Bijak dalam pemilihan saiz barang. Lihat kesesuaian saiz toiletries (colgate, shampoo dan shower cream) dengan tempoh percutian anda. Di samping itu, pemilihan saiz bagasi juga mempengaruhi barangan yang bakal dibawa. Semakin besar saiz bagasi, semakin banyak keperluan dimuatkan ke dalamnya. Justeru, pilihlah saiz yang sederhana untuk mengelakkan terlebih muatan.
5. SEDIAKAN RUANGAN KOSONG
Adakah anda memenuhkan bagasi anda sehingga tiada ruang kosong? Ada fakta menarik mengenai kepentingan ruang kosong ni! Ruang kosong pada bagasi anda boleh dimuatkan dengan hasil shopping anda semasa percutian!
6. JADI “ORGANIZED”
Pastikan setiap barangan/ keperluan yang dibawa mudah dicapai dan disusun rapi. Pakaian anda boleh digulung rapi di dalam bagasi. Charger handphones, supplements dan produk kecantikan anda pula boleh disimpan di ruangan kecil pada bagasi.
Terakhir, bestfriend setiap wanita yakni barangan asas mekap wajib disimpan di dalam handbag sebagai langkah berjaga-jaga! Atau anda sanggup selfie dengan wajah pucat lesi. Pilihan di tangan anda. So,be a good organiser!
.
.
.
.
Picperfek Photography & Videography
For Quotations please contact us : 014-9900119 (Arif)
•
Subscribe : http://youtube.com/picperfek
Instagram : https://www.instagram.com/picperfek
Website : https://www.picperfek.com
•
•
e-mail : admin@picperfek.com
•
Picperfek Copyright ©
