TipsTravel

SYURGA TERSEMBUNYI DI KUCHING, SARAWAK YANG ANDA WAJIB PERGI !!!

Dua tempat yang anda patut visit ketika berada di Kuching, Sarawak ! 🤩🤩
.
1) Kampung Budaya Sarawak
.
Perjalanan menaiki kereta dari Airport Kuching ke Kampung Budaya mengambil masa sekitar 60 minit. Saya suggest anda untuk pergi ke Kampung Budaya sebab di sana anda dapat lihat kehidupan orang asli Sarawak. 🏕🚗
.
Kampung Budaya juga digelar sebagai “Muzium Hidup” kerana orang-orang kampung di situ berpakaian tradisional dalam melakukan rutin tradisi mereka.
.
Selain itu, ada Show Teater kebudayaan selama 45 minit, memang best! Teater ini mempunyai dua sesi pada jam 11.30 pagi dan jam 4 petang. 🎬🎻 👍
.
Tiket untuk masuk ke Kampung Budaya agak mahal, tapi bagi saya ianya sangat berbaloi. Anda mesti visit kampung budaya! 💸
.
Dewasa, Masuk : RM80
Masuk & Makan : RM90
.
.
2) Kalimantan View Point, Borneo Highland
.
Borneo Highland tempat yang sangat menarik. Jika anda seorang yang cinta akan alam semula jadi, Borneo Highland adalah tempat yang terbaikuntuk anda datangi. ❄️🌳
.
Ramai orang dihantui untuk pergi ke Borneo Highland, saya juga ditakut-takutkan oleh orang tempatan di Sarawak. Katanya, jalan menuju ke Borneo Highland sangat curam dan banyak orang mati kerana jatuh ke dalam gaung. Saya yang dengarnya pun risau, tapi saya kuatkan semangat untuk terjah juga! 🌞
.
Untuk makluman anda, saya berjaya sampai ke Borneo Highland dengan selamat dengan memandu kereta sewa Myvi, bawa slow-slow tau! jalannya memang curam, lebih kurang seperti jalan ke Cameroon Highland. Perjalanan dari Airport Kuching ke Borneo Highland mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit. 🚗🌳
.
Sampai je di Borneo Highland Resort, saya dibawa menaiki Safari Truck menuju ke Kalimantan View Point. Di sini lah saya rasa seperti berada di atas kayangan kerana dikelilingi awan dan kabus yang tebal. Jika anda tonton video Ekspedisi Syurga Tersembuyi Sarawak di atas, anda pasti dapat rasai apa yang ingin saya sampaikan. Sekali lagi, anda wajib ke sini!
.
Tiket untuk ke Borneo Highland murah je. 💸
.
Pintu Masuk Borneo Highland : RM15
Masuk ke Kalimantan View Point : RM10
.
.
Tempat lain yang menarik di Kuching, Sarawak.
.
– Taman Negara Bako
– Pantai Damai
– Gua Pari-Pari
– Tasik Biru
– Annah Rais
– Sarawak River Cruise
– Jambatan Darul Hana
– Kuching Waterfront
– Tugu Kuching
– Taman Buaya Jong
– Hutan Simpan Semenggoh
– Taman Negara Gunung Gading
.
Bagi saya, Kuching ni lengkap. Ada bukit, gunung, gua, air terjun dan pantai. 5 bintang untuk Kuching, Sarawak. ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
.
Jadi itu saja tips dari saya yang dah ke sana. Kuching selalu cantik di sisi mata. Kalau ada masa, anda pergilah ke sana!
.
.

Tonton Video Ekspedisi Syurga Tersembunyi Sarawak dengan kualiti video Full HD di : https://youtu.be/q0-7Xxf3ZeQ

.
SHARE POST NI TAU! Please support me! Tell the world that Malaysia is a wonderful country. 🇲🇾
.
Belanja “LIKE” sikit dan tag kawan-kawan anda di bahagian komen! Jom Visit Sarawak! 📸 Semoga bermanfaat.
.
.
Jemput follow Instagram saya : @aripye
Subscribe Youtube : Picperfek
.
.
#DariSayaUntukSemua



#picperfek #EkspedisiSyurgaTersembunyi #EST #syurgatersembunyi#travelvideo #vlog #vlogger #video #borneohighland
#kampungbudayasarawak #sarawakculturalvillage #pantaidamai#guaparipari
#tasikbiru #kalimantanviewpoint #borneohighlandresort #dronevideo#mavicpro #aerialvideo #travel #visitmalaysia #visitmalaysia2020#menteripelancongan #menteripelanconganmalaysia #tunmahathir#kementerianpelancongan #kementerianpelancongandankebudayaan#malaysiatrulyasia