Tips

9 Tips Dapatkan Gambar OOTD Yang Nampak Profesional

1. Belajar tentang komposisi gambar

Kalau kamu serius hendak dapatkan gambar OOTD yang cantik dan berpotensi untuk dapat banyak likes, kamu harus belajar tentang komposisi gambar yang betul. Antara info tentang komposisi gambar yang kamu perlu tahu adalah seperti komposisi third-zone iaitu kamu perlu tahu di mana dalam tiga zone itu kamu hendak berdiri, atau apakah props yang ingin kamu letakkan dan sebagainya.

2. Sabar dan teruskan ambil seberapa banyak gambar sehingga anda berpuas hati

Kisah benar. Takkan kamu fikir gambar OOTD yang cantik itu hanya perlukan satu shot? Sudah tentu kamu harus ambil sebenarapa banyak shot yang perlu sehingga kamu benar-benar berpuashati.

3. Cubalah pelbagai variasi posing

Orang kata, practice makes perfect. Jadi pelbagaikan gaya pose kamu. Mana tahu, dalam banyak-banyak pose tu, ada satu pose bersahaja, pos manja atau pose ala supermodel yang menjadi?

4. Fahami komposisi wajah kamu sendiri dan kenalpasti dari sudut mana kamu kelihatan paling menarik

Jangan salah faham, semua sisi diri kamu memang cantik. Tapi pasti ada sisi diri kamu yang paling cun, sekurang-kurangnya di mata kamu. Mungkin kamu tak dapat kenalpasti sisi itu sekarang, tapi lama kelamaan nanti kamu pasti akan tahu..mungkin jika kamu senget ke kiri sikit, dapat serlahkan lagi cheekbone kamu gitu.

5. Kalau hendak mengambil gambar dengan flash, elakkan guna sunscreen atau losyen pelindung matahari

Jika kamu menggunakan sunscreen sebelum sesi fotografi, besar kemungkinan akan terjadinya efek whitecast pada gambar kamu. Kesan whitecast adalah apabila terjadinya pantulan cahaya menjadikan wajah kamu memutih dengan tidak sekata.

6. Ajak rakan-rakan yang ada minat OOTD untuk bergambar sekali

Samada kamu boleh tukar-tukar pendapat tentang posing yang menarik, ataupun kamu boleh bergilir-gilir ambil foto masing-masing. Yang penting, idea berdua lebih dari idea seorang diri..betul tak?

7. Perhatikan perincian pakaian yang ingin kamu tonjolkan. Pastikan itu yang menjadi pusat perhatian dalam gambar

Katakan kamu OOTD untuk tunjukkan lace baju raya. Kamu harus pastikan gambar kamu menonjolkan bahagian tersebut. Walau sekecil mana pun detail itu, demi profesionalisme itu yang mesti kamu tunjukkan dalam gambar kamu.

8. Pilih latar belakang yang kosong atau kurang corak

Ini adalah untuk memastikan bahawa gambar yang kamu ambil itu akan hanya menumpukan pada kamu atau pakaian kamu dan tidak terganggu dengan latar belakang yang meriah di belakang.

9. Harus praktis bermain dengan cahaya natural atau cahaya persekitaran

Cahaya memainkan peranan penting dalam gambar. Kebiasaannya, cahaya natural yang terpantul pada wajah akan memberikan efek yang lebih menarik berbanding gambar dari lampu. Teori ini terpakai samada untuk mengambil gambar individu mahupun gambar produk. Jadi pastikan kamu bangun seawal pagi kerana pada ketika ini cahaya paling cantik, dan berOOTD lah!