Alamak…betul ke ni? Macam tak boleh percaya je.
Nak jadi calon isteri idaman tidak semestinya anak sulung atau bongsu sekalipun. Semuanya bergantung kepada sikap dan perangai individu. Tidak kisahlah anda anak nombor berapa, jika anda mempunyai peribadi yang baik dan sikap lemah lembut sudah pastilah anda calon isteri idaman. gitu…
Menjadi anak sulung perempuan di dalam keluarga itu ada pasang surutnya. Ada yang kata seeloknya anak sulung adalah lelaki kerana lelaki lebih sesuai sebagai pemimpin, namun ternyata sifat anak pertama perempuan sebenarnya ada kelebihan dalam banyak perkara!
Keistimewaan Sifat Anak Sulung Perempuan
Anak sulung merupakan anak pertama bagi ibu bapa, yang pertama menerima kasih sayang mereka, dan juga mendapat perhatian sepenuhnya tanpa adik beradik lain.
Keistimewaan ini menjadikan sifat anak sulung sedikit berbeza berbanding adik-adik, terutama kerana anak pertama tidak dipengaruhi oleh persekitaran selain ibu bapa tersayang.
6 Sifat Anak Pertama Perempuan Yang Menawan Hati
Ini 6 sifat anak pertama perempuan yang istimewa, menjadikan mereka gadis idaman untuk dijadikan isteri.
1) Anda Seorang Yang Jujur
Memandangkan anda kerap jujur tentang adik beradik apabila berbicara dengan ibu bapa, jadi anda pasti selalu jujur dengan pasangan.
Sikap jujur dan berterus terang sememangnya sudah menjadi sebahagian dari sifat natural anda, jadi siapa yang tidak mahukan isteri yang jujur bukan?
2) Anda Bertanggungjawab
Anda selalu melindungi adik beradik yang lain, dan sudah terbiasa bertanggungjawab atas kebajikan serta keselamatan mereka. Malahan anda juga boleh bertanggungjawan untuk diri sendiri, dan membela orang yang disayangi.
Pastinya hubungan suami isteri yang baik adalah saling melindungi bukan?
3 ) Anda Berdikari
Sifat anak pertama perempuan, wanita idaman suami, anak sulung perempuan, sifat anak sulung wanita, isteri idaman, tips wanita idaman, calon isteri idaman, karakter anak pertama, anak pertama perempuan, anak sulung kahwin anak sulung, isteri idaman.
Sebaik sahaja adik dilahirkan, pastinya ada sudah belajar untuk berdikari dalam kebanyakkan perkara. Anak sulung selalunya kuat dan boleh menjaga hal berkaitan diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
4) Anak Sulung Biasanya Pandai Memasak
Ini perkara yang pastinya ramai yang bersetuju, yang anak perempuan sulung pandai memasak. Oleh kerana sifat mereka yang berdikari, jadi memasak merupakan salah satu perkara yang biasa dilakukan, dan pastinya resipi asli dari si ibu menjadi kebolehan mereka.
Bukan sahaja anda lemah lembut, malah dengan kepakaran memasak anda pasti ramai jejaka yang akan terpikat.
5) Calon Ibu Yang Baik
Oleh kerana anda sudah terbiasa menguruskan adik-adik sedari kecil, pastinya anda sudah pakar dalam mengendalikan anak kecil malah menguruskan rumah apabila ibu sibuk menjaga anak-anak yang lain.
Pastinya bila mempunyai anak sendiri, anda bertanggungjawab dan tidak akan mengabaikan keluarga.
6) Anda Seorang Pendengar Yang Baik
Anda sebagai kakak sudah biasa mendengar cerita dan aduan dari adik-adik, maka ini jelas menyatakan yang anda juga merupakan seorang pendengar yang baik. Anda setia mendengar celoteh si adik dan memberi nasihat kepada mereka.
Apabila mendengar masalah, anda akan mendengar dengan baik dan tidak membuat keputusan terburu-buru. Bukan sahaja pendengar yang baik, anda juga isteri idaman kerana anda bijak mengendalikan keadaan.
Kredit : Wedpedia
.
.
.
.
Picperfek Photography & Videography
For inquiries please contact us : 014-9900119 (Arif)
•
Subscribe : http://youtube.com/picperfek
Instagram : https://www.instagram.com/picperfek
Facebook : https://www.facebook.com/picperfek.production
Website : https://www.picperfek.com
•
•
e-mail : admin@picperfek.com
•
Picperfek Copyright ©